Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Isnin, 1 September 2014

Minyak Enjin : Apa Yang Harus Diketahui




Apa khabar semua..Mat Kriss harap anda semua dalam keadaan sihat selalu. Dah periksa minyak enjin kereta kesayangan anda? Minyak enjin ni merupakan part paling penting dalam servis kereta apabila sampai masanya..jom baca entry terbaru dari Mat Kriss..

Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.

Pelinciran yang kerap:
Minyak pelincir mengalir turun ke takungan dibahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan minyak itu. Ini bermakna minyak perlulah menjadi cukup cair untuk mengalir ke bebola (bearings) sebaik sahaja enjin dihidupkan pada waktu pagi.

Tetapi, apabila suhu enjin meningkat kerana kereta laju, minyak pelincir mestilah cukup kukuh untuk menjadikan dirinya sebagai selaput untuk melindungi karburetor, tuil injap, lengan hayun dan hujung injap. Anda memerlukan minyak pelincir yang seimbang dan mempunyai campuran bergetah yang betul untuk menjaga pelinciran enjin dalam keadaan yang terlampau panas dan sejuk.

 Penzoil ialah minyak yang dicipta khusus untuk mempastikan pelinciran berlaku cepat apabila enjin dihidupkan daripada keadaan yang sejuk atau ketika suhu tinggi kerana perjalanan yang jauh atau kerana perjalanan dibandar yang tidak menentu kelajuannya.

Perlindungan daripada asid yang menghakis:

Wap dan gas dihasilkan apabila petrol atau bahanapi membakar. Apabila enjin yang panas menjadi sejuk, sebahagian dari wap itu menjadi tebal dan campur dengan gas untuk menjadi asid yang menghakis disekeliling lingkaran (enjin), selinder, dan omboh. Ini mengakibatkan bahagian-bahagian itu terhakis atau berkarat. Kejadian ini bagaimanapun dapat dikurangkan sekiranya ada pelinciran yang kerap.

Menjaga kebersihan enjin selalu:

Pembakaran petrol atau bahanapi juga menghasilkan enapan jelaga dan karbon. Minyak pelincir yang baik akan mengapungkan bahan-bahan sampingan itu supaya tidak terkumpul ditepi-tepi ruang pembakaran sehingga menganggu penyalaan enjin, perjalanan yang menyulitkan dan akhirnya kehilangan kuasa.

Apabila minyak enjin kereta anda ditukar pada lain kali, harap perhatikan warna minyak enjin yang ditukarkan dari ruang bawah enjin. Minyak pelincir yang baik akan mengalir keluar dari enjin dengan warna hitam legam kerana ia mengandungi partikel yang dilekangkan dari tepi-tepi ruang pembakaran dan yang akan dikeluarkan dari enjin apabila minyak enjin ditukar.

Sekiranya minyak pelincir yang mengalir keluar dari enjin itu bersih, ini bermakna kotoran sudah tertinggal didalam enjin. Selepas suatu tempoh yang panjang, bahan-bahan yang tertinggal itu akan menghakis bahagian enjin.

Apabila ini berlaku, mintalah mekanik anda supaya memasukkan pennzoil kedalam enjin. Kemudian anda saksikan warnanya apabila ditukar nanti. Anda akan mendapati warnanya hitam kerana minyak itu dapat membersihkan bahagian-bahagian yang dilekati bahan-bahan berkenaan. Pembersihan ini hanya dapat dilakukan oleh minyak yang bermutu.

Oklah.. kena periksa selalu enjin kereta tu yee…

Nak cat kereta murah ?

CALL / SMS MAT : 018 2087376

Jumaat, 1 Ogos 2014

Panduan memandu ketika kecemasan




Salam semua.. Pernah tak alami kereta Brackdown kat jalan atau lebuhraya ? Mesti rasa risau kan.. Ok ..kat sini Mat Kriss nak perturunkan sikit ilmu yang dapat kita aplikasikan bila berhadapan situasi mendebarkan ini..apepun mesti calm down oraitt..


A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya:

- Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.

- Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.

- Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

- Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan
penumpang jauh dari aliran lalu lintas.

- Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.

- Angkat bonet dan dapatkan bantuan.


B. Cermin Hadapan Pecah:

- Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.

- Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain
berkenaan.

- Lindungi mata dengan memakai kaca mata.

- Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

C. Menghadapi Kemalangan:

- Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri
dan pandu keluar dari jalan raya.

- Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda. 

 Diharap dapat membantu anda semua k..

Nak cat kereta murah ?

CALL / SMS MAT KRISS : 018 2087376

Selasa, 1 Julai 2014

Makna Nombor Pada tayar



Hai semua..harini Mat Kriss nak berkongsi info pulak tentang tayar kereta. Ramai yang tak endah tentang tayar kereta ni... Tak boleh macam tu abang kakak semua.. sayangilah kereta kita macam kita sayangkan ahli keluarga kita..tak gitu ke..hehehe

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.


Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.


Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.


Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.


Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikiu berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)


Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.


S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Oklah,apepun selamat memandu dan berhati-hatilah hendaknya di jalanraya ye..Salam kedamaian dari Mat Kriss untuk semua. 


 Nak tukar cat kereta murah ? 

CALL / SMS Mat Kriss : 018 2087376

Related Posts with Thumbnails