Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Ahad, 17 Oktober 2010

Proton Inspira- Lancer Malaysia


Salam semua.



Baby terbaru proton telah dilancarkan pada 16 Oktober lepas. Ok jugak bentuk body yang mantap. Lebih gagah dan cantik berbanding Waja keluaran terdahulu. Sesape yang nak oder kereta ni rasenye boleh dah dapat jadi pembeli terawal. Untung-untung boleh dapat kunci terus dari CEO proton sendiri.

Mat kriss dapat tau harga proton Inspira ni main sekitar berikut :

Harga Proton Inspira Baru

1.8 MT – RM79,999
1.8 CVT (Auto) – RM87,000+
2.0 CVT Premium – RM94,000+


Walaupun agak mahal sikit tapi kualitinye setanding dengan kereta Mitsubishi Jepun yang lain.Sebabnye projek usaha sama antara 2 gergasi automotif dunia ni. Mat Kriss preferlah sesape yang nak beli kereta ni.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Ada berannnn ke? hehe


Salam to all followers..

Harini Mat kriss nak tepek gambar-gambar santai-santai je.takmo asyik cerita pasal benda sama je.Post kali ni pasal pelbagai karenah dan peel manusia kat atas muka bumi Allah ni. Oklah..terus jela nengok..macam-macam kehey diorang ni.Asalkan korang bahagia udah ler... :).



Kereta kenan jack...Sesuai untuk orang yang tinggal di appartment tinggi. Especially kalau lif rumah korang rosak.

Bertemakan alam flora. Sesuai untuk mat-mat bunga

Kereta yang menjadi ikon buat penggemar makanan laut a.k.a seafood. Mahal ni bro.

Lori hantu @ halimunan.Sesuai buat mereka yang buat aktiviti smuggle. Kantoi korang tanggung sendiri la..huahuahua


Aduss..ngerinye aku nengok mamat bawah ni.Takde kerja ape.cett..

Ini baru betul panggil kereta mayat.

Khas buat road bully yang hati kering.

Teknik penyamaran bile kereta korang di aim oleh penarik kereta sebab dah lama tak bayar.he3




Sesuai buat abang-abang lori yang inginkan bentuk lori yang lebih aerodinamik.

Erk...Idup lagi tak tu..huhu

Krissauto tabik spring kat pemandu tu..memang ada style la.

Selepas disumpah oleh Spiderman.


Itulah dia beberapa gambar pelik yang sempat mat Kriss tepek kat sini. Just santai-santai je k..Takde niat nak guris perasaan atau main emo korang semua..Salam dari warga kerja Krissauto.blogspot.com. Bengkel ketuk dan cat kereta anda.

Ahad, 3 Oktober 2010

Berkongsi jenis-jenis cat bersama Mat Kriss


Salam buat semua pembaca Krissauto.blogspot.com. Korang perasan tak bile kita nak cat kereta ade 2 perkara penting yang selalu main dalam fikiran kita… jenis cat apa yang paling sesuai dan warna apa yang paling kena dengan citarasa dan tak menyakitkan mata orang lain tengok body kereta kita..hihihi.



Kita start dari warna cat apa yang paling sesuai..


Oklah..kali ini Mat kriss mahu memberikan serba sedikit tips sebagai panduan buat pembaca blog yang tak seberapa ni..supaya korang tidak salah memilih jenis dan warna cat pada kereta mahupun material yang kita nak cat. Tip ini bukan hanya untuk mereka yang terlibat dalam mengecat tapi juga kepada bakal pelanggan yang bercadang untuk menghantar kereta mereka untuk di cat... ( nak hantar kat Krissauto pun lagilah digalakkan sebenor-benornye) :D



Nak pilih cat ape ek?


Sebenarnye ada
banyak jenis cat dan berbeza-beza fungsi di pasaran sekarang ni. Korang pun mungkin dah pernah dengar jenis-jenis cat lain macam cat kayu, primer(undercoat), cat besi, cat plastik ,cat kereta dan banyak lagi..Tapi kat sini Mat kriss hanya nak berkongsi ilmu sikit tentang jenis-jenis cat yang sering digunakan untuk kereta tapi jarang korang ketahui.




Terdapat 3 jenis cat hingga 5 jenis cat yang digunakan oleh tukang cat kereta bergantung kepada kualiti,tahap disiplin dan kepakaran tukang cat. Biasanye kami kat Krissauto menggunakan 5 jenis cat tersebut:


- Primer (undercout)
-. Cat besi
-. Cat plastik
-. Cat clear
-. Cat metalik


Benda asas yang perlu kita tahu sebelum cat kenderaan ialah bahagian pada body kereta..Sekarang ni ,kereta Malaysia sering menggunakan 2 jenis cat iaitu cat plastik dan cat besi (khas untuk kereta). Cat besi untuk bahagian besi pada kereta dan manakala cat plastik pada bahagian plastik seperti kebanyakan pada bumper depan dan belakang kereta pada zaman ini. ( Kereta dulu-dulu pakai besi padat tu weii, kena hentam pun still kemek biase je.) . Korang jangan silap bila guna cat besi pada body part yang memang khusus untuk cat plastik je.nanti cat tu jadi pecah-pecah..Jenis-jenis cat ini ada dalam bentuk primer, clear dan jugak metalik.



Warna ape yang paling matching ek?


Bila korang dah pilih cat yang sesuai untuk kereta kesayangan korang, pastikan kereta korang tu di polish bagi mengembalikan sinarnye bak berkilauan seperti dari kilang.
Memilih warna cat kereta daripada jenama-jenama cat yang terkenal jugak perlu diambil perhatian pasal biasanya jenama ni berkualiti dan tahan lama. Kitorang biasanya prefer cat jenama Evercoat la sebab dah tersohor dah di kalangan bengkel2 cat seantero dunia ni..


Dan pastikan bila beli cat elakkan la dari membeli pada harga yang murah kerana ini amat mempengaruhi ketahanan cat kereta korang jugak. Dari nak jimat tak pasal-pasal kena touch up byk kali sebab kereta dah jadi balam-balam warnanye tak sampai berapa tahun. Sape yang rugi..korang jugak yang rugi kan.Sekian untuk post kali ni. Ikuti blog krissauto dengan jadi followers k.


KEPUASAN ANDA KAMI PEDULI.

Related Posts with Thumbnails