Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Selasa, 10 Ogos 2010




MARHABAN YA RAMADHAN!




Selamat datang Ramadan diucapkan untuk bulan yang suci serta mengharapkan agar jiwa raga kita serta keluarga dan anak-anak dan umat Muslim seluruhnya diasah dan diasuh bagi melanjutkan perjalanan menuju Allah SWT.




Kami di KRISS AUTO SOLUTION mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua pelanggan.




Semua muslimin dan muslimat seharusnya merebut peluang keemasan yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul kepada kita di bulan yang dipenuhi keberkatan ini. Menghidupkan Ramadan merupakan peluang teristimewa yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk beramal dan menerima ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan. Malam Lailatul Qadar adalah kemuncak Al-Mubarak.


Justeru marilah kita meningkat amalan kita dibulan yang mulia ini.


Semoga Ramadan kali ini akan memberi sinar yang gemilang kepada kita semua.




AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN...




" betapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapatkan sesuatu dari puasa itu melainkan lapar dan dahaga....

Isnin, 2 Ogos 2010

jangan pasang aircond bila...

salam buat semua pengunjung blog ini...
Semoga maklumat di bawah dapat dijadikan panduan untuk kita..


DI LARANG MENGHIDUPKAN PENDINGIN HAWA SEBAIK MENAIKI KERETA..



Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan benzene, iaitu sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Di samping menyebabkan kanser ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan leukimia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan benzene yang dibenarkan ialah 50mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jka dipakir dikawasan berbumbung dan tingkap tertutup menghasilkan 400- 800 mg benzene. Jika diniarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap benzene boleh meningkat sehingga 2000 - 4000 mg, iaitu 49 kali daripada tahap yang dibenarkan.... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksid yang berlebihan secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelak perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksid yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

Sabtu, 31 Julai 2010


SEMPENA ULANGTAHUN BENGKEL KAMI YANG KE-9..


PROMOSI DENGAN TAWARAN HARGA MENARIK..DATANGLAH KE BENGKEL KAMI UNTUK MEMBAIK PULIH KENDERAAN ANDA YG CALAR, KEMEK ATAU YG SEWAKTU DGNNYA...SEMPENA ULANGTAHUN KAMI YG KE-9 DAN SEMPENA MENJELANG BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK NI KAMI MENAWARKAN HARGA MENARIK DAN BERPATUTAN...INSYA ALLAH ANDA AKAN BERPUAS HATI..

KEPUASAN ANDA KAMI PEDULI!
Related Posts with Thumbnails