
Sedar tak sedar dah pun nak raya. Kenapa akhir-akhir ni masa begitu cepat berlalu ye. Tak sedar dah pun nak berade di akhir bulan Ramadhan yang mulia. Ramadhan bakal meninggalkan kita dan syawal pula menggamit tiba. Mat kriss sekelarga serta seluruh warga kerja Kriss Auto Solution mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin. halalkan segalanye sama ada terkasar bahasa, perbuatan dan tindakan. Juga meminta dihalalkan makan dan minum kami jua.
kami sama jugak dengan bengkel seangkatan seperti FSA, Azamaju Spay work dan bengkel Emy Klang yang memang tak menang tangan bagi menyiapkan kereta yang dihantar oleh pelanggan tersayang. Namun kami sedaya upaya cuba menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin bagi para pelanggan kami dapat melaram dengan kereta yang diidamkan hari raya nanti.
Besok (Rabu 9 September 2010) bengkel krissauto akan mula bercuti sempena menyambut syawal yang dijangka jatuh pada hari Jumaat berdasarkan rukyah dan hisab. Jadi kami menghulur sepuluh jari sebagai tanda kita saling bersaudara. Jemputlah datang ke rumah ,Apa-apa hal call atau mesej la dulu, boleh saya sediakan apa yang patut ye. :)
Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin dari kriss Auto Solution. (",)