Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Jumaat, 4 Februari 2011

Hak korang sebelum,semasa dan selepas servis kereta..baca k

Selamat bercuti umum semua...


Salam semua, harini mat kriss nak turunkan ilmu bersama-sama untuk pembaca. kali ni tips bila hantar servis kereta kat mane2 bengkel perniagaan..bukan ape, just berjaga-jaga untuk kepentingan pengguna jugak kan..Walau pun tak semua tokey bengkel kereta tamak tapi ade juga yang cuba nak ambik kesempatan. So beware k..

Sebut pasal servis kereta ni sure ramai yang tahukan? Especially pada pemilik-pemilik kereta, tak kira saiz besar ke saiz kecik, semuanya nak kena servis bila sampai masanya. Lagi besar kereta, lagi mahal servisnya, normal la tu.


So, kat sini Mat kriss nak share beberapa tips dengan semua pembaca Krissauto sekalian supaya kita tidak mudah tertipu dengan mekanik-mekanik kedai servis. Penipuan semasa servis banyak berlaku dan kalau kita baca di dalam akhbar, saban waktu berlaku penipuan servis, baik dari segi harga atau alat-alat ganti.


Sebab tu amat penting dan sangat-sangat penting bagi kita sebagai pemilik kereta supaya sentiasa menunggu apabila kereta kita diservis. kebiasaannya kita hantar kereta dan petang baru kita ambik kan? Tetapi pernah tak korang bertanya berapa harga bagi setiap alat-alat ganti itu? Berapa harga pasaran minyak hitam, oil filter, air filter dan sebagainya.

Kita sebagai pengguna perlu ambik tahu harga alat-alat ganti kerana ada sesetengah kedai menipu kita dengan menaikkan harga alat-alat ganti itu untuk keuntungan mereka tanpa disedari oleh pemilik kereta. Sebab itu penting bagi kita menyimpan kesemua resit-resit servis untuk rujukan dan simpanan. Amat penting kita membuat senarai harga bagi setiap barang dan disimpan di dalam wallet atau purse kita untuk rujukan dimasa hadapan.



Mari kita tengok kejadian yang biasa berlaku semasa servis selain menaikkan harga alat-alat ganti tanpa pengetahuan kita.

Kes 1:
Pemilik perodua kancil ini menghantar kereta untuk servis tetapi apabila diperiksa sebenarnya, keretanya belum diservis langsung dan keadaan enjin adalah sama seperti masa dihantar untuk servis. Oleh itu penting bagi kita untuk memeriksa enjin didepan mekanik apabila hendak mengambil kereta. Kita ada hak untuk meminta mekanik tersebut untuk membersih keadaan atas enjin selepas servis.


Kes 2:
Pemilik KIA Spectra menghantar kereta untuk membuat alignment dan balancing tayar. Selepas menunggu beberapa jam, kereta pemilik siapuntuk diambil tetapi tidak berapa lama selepas itu pemilik kereta mendapati, nat dan ibu nat telah ditukar dengan bahan tempatan sedangkan nat yg asli itu telah dicuri oleh pemilik bengkel kereta tersebut.


Kes3:
Pemilik perodua kancil juga menghantar keretanya untuk servis biasa, tukar minyak hitam dan sebagainya. Harga servis seperti biasa tetapi selepas beberapa bulan, pemilik menghantar keretanya untuk servis seterusnya dan mendapati oil filter tidak ditutup dengan rapat sehingga minyak hitam menitis keluar. Kata mekanik servis, encik bernasib baik kerana cepat hantar servis, kalau tidak, minyak hitam kering, habis la… hahaha


Itu antara beberapa kes yang pernah berlaku dan mungkin pernah terjadi kepada kita sahabat atau saudara mara.


Begitu juga untuk menukar tayar. Kalau kita ke kedai tayar, sudah pasti tokey kedai kata tayar kita sudah botak padahal tayar kereta kita boleh tahan lagi untuk tempoh sebulan. Bunga tayar masih ada dan ada tokey kedai yang menjual balik tayar untuk keuntungan sementara.


Minyak hitam pula harganya berbeza-beza mengikut kedai. Oleh itu bijak bagi kita jika membuat survey harga minyak hitam itu di merata kedai dan supermarket. Di Carrefour, Tesco atau Giant mungkin murah sedikit tetapi kalau setahun dihitung cuba kira berapa kita untung? Sebenarnya kita bolehmembawa minyak hitam yang dibeli sendiri untuk tujuan menukar minyak hitam. Tidak menjadi kesalahan tetapi kita perlu berhati-hati kerana minyak hitam tidak sama kelikatannya. Ada nomborsiri yang perlu kita ingat.Kelikatan minyak hitam itu akan mengekalkan deruman enjin dan kekuatan enjin. Berhati-hatilah.


Kita perlu ingat, harga alat-alat ganti tidak sama di semua kedai danperlu bagi kita untuk membuat senarai harga alat-alat ganti itu.Kenapa? Nanti kita boleh tanya balik kepada mekanik kenapa harga naik atau sebagainya.



Setengah kedai ada mempunyai sebutharga alat-alat ganti yang diletakkan didinding kedai mereka termasuk kat bengkel kami krissauto Solution. Perhatikan dan jika tiada pandai-pandaila bertanya kerana mengikut Kementrian Pengguna, adalah menjadi satu kesalahan jika tidak memaparkan senarai harga alat-alat ganti.


Dan akhir sekali, sentiasa perhatikan kerja-kerja mekanik dan pastikan mereka tidak menukar barang tanpa kebenaran kita sebagai pemilik kereta. Tak pasal-pasal nanti kita kena charge lebih. Berhati-hati. Oklah..Sampai sini dulu tips dari mat kriss untuk para pembaca krissauto.blogspot.com.


Mat kriss ingin mengambil ksempatan mengucapkan Gong Xi Fa Chai 2011 kepada rakan2 Tionghua yang menyambutnya. Tahun Arnab ada Ong maa.. ( diorang cakap la). Selamat bercuti

Ahad, 9 Januari 2011

Cara hidupkan kereta bila bateri kong

Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah

Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji.


Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:


1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.


Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.


2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.


Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.

Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.


Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.


Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.



Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi. Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburetor tetap melimpah. Dalam hal ini, bawalah ke mekanik anda untuk dibaiki.

Sabtu, 11 Disember 2010

Related Posts with Thumbnails