Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Ahad, 28 Mac 2010

Senario Mengecat Kereta


KERETA ANDA JUGA HARUS DISAYANGI...


KERETA umpama kekasih hati, malah ada yang lebih ekstrem melabelkannya sebagai aset paling disayangi, seakan sama seperti seorang isteri.Jika isteri dibeli emas bertatah berlian bernilai ribuan ringgit, ramai juga pemilik kereta yang tidak kedekut menghabiskan jumlah yang sama untuk menghias kereta mereka supaya sentiasa kelihatan anggun meredah jalan raya.

Bercerita mengenai senario menghias kereta, bukan sekadar memasang aksesori bagi menyerlahkan penampilannya, aspek yang selalunya lebih menjadi keutamaan ialah rupa luarannya yang sudah pasti menjadi tarikan pertama bagi sesiapa saja yang pertama kali memandangnya.

Tidak guna menggunakan enjin berkuasa tinggi atau memasang set audio yang boleh memekak di jalan raya, bagai sistem joget lambak bergerak, ia tidak akan menyerlahkan sebarang tarikan jika luarannya atau lebih tepat warna catnya sudah pudar serta tiada seri.Malah, sesebuah kereta itu akan lebih mampu membuatkan sesiapa saja berpaling berkali-kali melihatnya jika warnanya menarik, ditambah dengan penggunaan rim ranggi, sekali gus membuktikan aspek luaran adalah paling utama dalam aspek perhiasan kereta.


Justeru, sekarang ini, semakin ramai pemilik kenderaan mengambil keputusan untuk mengecat kereta mereka dengan warna lebih menonjol, meskipun cat asal masih elok semata-mata untuk tampil lebih bergaya.Pemilihan warna cat ketika ini juga sudah menampakkan sedikit kelainan dan kebanyakan pemilik kereta sudah semakin matang memilih warna supaya ia tidak kelihatan ganjil atau memburukkan lagi rupa luarannya.


Jika satu ketika dulu, warna ekstrem seperti oren dan jingga menjadi kegemaran ditambah pula dengan corak yang ceria, kini kebanyakan pemilik kereta lebih suka memilih warna asas seperti putih dan hitam supaya kereta mereka lebih kelihatan eksklusif serta sesuai untuk bergaya ranggi.

Semua gambaran itu menunjukkan industri cat kereta bukan lagi terpaksa menyediakan perkhidmatan mengecat tetapi juga perlu pakar dan mahir dengan perubahan trend semasa supaya sentiasa dapat memberikan perkhidmatan terkini mengikut cita rasa orang ramai.

Related Posts with Thumbnails