Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Rabu, 25 Julai 2012

Salam Ramadhan Kareem buat pengunjung-pengunjung blog Mat Kriss

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan...Ramadan Kareem......

Rasanya masih belum terlambat Mat Kriss nak ucapkan selamat berpuasa buat semua pengunjung blog Mat Kriss yg Mat Kriss sayangi. Sempena kehadiran Ramadan ini, Mat Kriss sangat2 mengharapkan agar segala amalan yang dilaksanakan akan diterima dan mendapat pahala yg berlipat ganda. Sememangnya Allah telah menjanjikan bahawa Ramadan adalah bulan BONUS, justeru itu marilah kita meningkatkan amalan di sisiNya, bagi merebut peluang yg terbentang luas di depan mata. Jom lipat gandakan amalan!

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Related Posts with Thumbnails