Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Isnin, 27 September 2010

Korang nak kereta gerek di jalan raya tapi tak gentar berjumpa JPJ ? baca entry ni sampai abis ok..




PERATURAN UBAH SUAI KENDERAAN

Ubah suai kereta memerlukan kebenaran JPJ, tetapi ada ubah suai dan pemasangan eksesori BOLEH DILAKUKAN TANPA KELULUSAN JPJ, terutamanya yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri keselamatan kenderaan tersebut antara ialah:


* Pemasangan air spoiler di bahagian depan dan belakang.
* Pemasangan skirt sisi, aerofoil dan pelindung cermin tingkap kereta.
* Pemasangan pelindung pada hadapan dan belakang kereta.
* Ubah suai kecil pada jaring radiator, bonet atau bentuk serta reka bentuk lampu.
* Ubah suai atau pemasangan tambahan bumper besar (sam,a ada jenis keluli tau kaca gentian) di depan dan di belakang.
* Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
* Pemasangan para bumbung.
* Pemasangan lampu brek tambahan (berwwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
* Pemasangan lampu sorot atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) di depan sahaja.
* Pemasangan penghadang angin, kaca gentian penutup lampu dan enjin fibreglass pada bahagian depan motosikal asalkan ia tidak terkeluar dari penghujung pemegang motosikal.

Bgaimanapun, ubah suai kecil ini mesti mematuhi peraturan contohnya pemasangan air spoiler, aerofoil atau skirt sisi, ia tidak boleh melebihi 150 milimeter diukur dari bahagian luar tayar belakang.

Bagi pelindung cermin tingkap, ia tidak boleh melebihi 100 milimeter lebar dan tinggi, manakala rim atau tayar lebar mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau penahan lumpur.

Pemasangan pelindung pula tidak boleh menutupi lamp kenderaan dan tiada bucu tajam atau bahagian yang terjulur melebihi 100 milimeter, manakala lebar keseluruhannya tidak boleh melebihi lebar asal kereta.

Bagi pemasangan para para bumbung, ia tidak boleh melebihi panjang bumbung atau lebar kenderaan dan tidak melebihi ketinggian 400 milimeter diukur dari bahagian teratas para bumbung itu.

Kelengkapan Tambahan YANG TIDAK DIBENARKAN Dipasang Iaitu:


* Lampu berkelip-kelip (selain lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) di depan atau di belakang kereta.
* Lampu berwarna ungu, biru atau hijau.
* Hon berirama atau hon dua nada.
* Lampu sorot di bahagian belakang.
* Cermin gelap penampalan berwarna pada cermin depan dan belakang yang kadar ketelusan cahayanya tidak menepati kelulusan JPJ. Bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin depan sebanyak 20% daripada keseluruhan lebarnya dan pada cermin tingkap sukuan dibenarkan.

Jika ingin mengubah suai kenderaan, terutama kereta, pemil;ik dinasihatkan mendapatkan pandangan JPJ kerana ada ubah suai serta pemasangan alat tambahan perlu mendapat kelulusan jabatan tersebut.

Jika ubah suai dan pemasangan kelengkapan tambahan itu membawa perubahan besar kepada rupa bentuk asal, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan terbabit, kebenaran BERTULIS hendaklah diperoleh terlebih dahulu daripada JPJ.

Antara Ubah suai yang PERLU KELULUSAN JPJ ialah:


* Ubah suai membabitkan rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan.
* Pengubahan bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
* Pengubahan daripada kereta salun kepada convertible.
* Pengubahan sistem bahan api.
* Pengubahan sistem brek.
* Pengubahan sistem stering.
* Pengubahanbes roda kenderaan.
* Penggunaan badan kaca gentian bagi menggantikan badan keluli.
* Penuklaran enjin.
* Pemasangan sunroof di bumbung.

dipetik daripada HARIAN METRO 09.09.09

Khamis, 16 September 2010

Berkongsi minat

Assalamualaikum semua..

Macamane raya semua..mesti meriah punye kan..


Baru-baru ni Mat kriss telah berkunjung ke sebuah rumah rakan waktu hari raya Aidilfitri di rumah Azmi Ismail di Simpang Lima Sg.Besar. Azmi dan Mat Kriss ni memang dah lama berkawan rapat sejak kecik..so kunjungan baru-baru ni bukan saja meraikan hari kemenangan bersama tapi turut berkongsi minat dan cerita yang sama.




Rupanya kawan ni pun pakar jugak bab-bab cat kenderaan..Mat Kriss melihat sendiri 2 biji Lambreta keluaran 1964 dan 1967 yang di beri nafas baru oleh beliau. Memang gerek dan stylo la warna dipilih dengan bentuk rangka motor yang antik tu. Anak -anak Mat kriss turut berminat nak menggayakan Lambreta tu depan kamera dengan cara sendiri. Ada gaya nak mewarisi bakat ayahnya ni.hehe





Sekiranya para pembaca yang lain turut ingin berkongsi minat dan gambar jentera masing-masing bolehlah hantar e-mail pada mat Kriss..InsyaAllah akan kita kongsikan bersama pembaca blog yang lain. Pada hari isnin nanti Kriss Auto Solution akan beroperasi seperti sediakala selepas bercuti panjang meraikan Aidilfitri.



Semangat..semangat..semangat!!! ('',)




Selasa, 7 September 2010

.:: Maaf Zahir dan Batin ('',) ::.

Salam aidilfitri..



Sedar tak sedar dah pun nak raya. Kenapa akhir-akhir ni masa begitu cepat berlalu ye. Tak sedar dah pun nak berade di akhir bulan Ramadhan yang mulia. Ramadhan bakal meninggalkan kita dan syawal pula menggamit tiba. Mat kriss sekelarga serta seluruh warga kerja Kriss Auto Solution mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin. halalkan segalanye sama ada terkasar bahasa, perbuatan dan tindakan. Juga meminta dihalalkan makan dan minum kami jua.


Mat kriss sekeluarga memohon ampun dan maaf pada semua.


kami sama jugak dengan bengkel seangkatan seperti FSA, Azamaju Spay work dan bengkel Emy Klang yang memang tak menang tangan bagi menyiapkan kereta yang dihantar oleh pelanggan tersayang. Namun kami sedaya upaya cuba menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin bagi para pelanggan kami dapat melaram dengan kereta yang diidamkan hari raya nanti.


Kereta pelanggan yang lain terpaksa parking tepi kedai sementara kereta dalam workshop siap baru-baru ni.

Lepaskan lelah sekejap lepas simen pintu kereta di luar kedai..hehe


Besok (Rabu 9 September 2010) bengkel krissauto akan mula bercuti sempena menyambut syawal yang dijangka jatuh pada hari Jumaat berdasarkan rukyah dan hisab. Jadi kami menghulur sepuluh jari sebagai tanda kita saling bersaudara. Jemputlah datang ke rumah ,Apa-apa hal call atau mesej la dulu, boleh saya sediakan apa yang patut ye. :)

Selamat hari raya..esok korang boleh la balik kampung ye.hehe

hati-hati drive k


Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin dari kriss Auto Solution. (",)
Related Posts with Thumbnails