Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Isnin, 12 Disember 2011

Salam Ukhwah semua...:)

Kriss Auto Solution tetap sibuk dengan kerja-kerja seperti biasa..apatah lagi pada musim cuti sekolah bengkel akan dipenuhi dengan kenderaan untuk dibaikpulih..

Bagi mengekalkan daya kreatif untuk terus maju KrissAuto sentiasa mencari sesuatu ‘benda’ yang baru untuk dijadikan semangat dan kekuatan dalam mengekalkan momentum Kriss Auto untuk terus maju dan berdaya saing .




Mat Kriss dan Charlie :)



Motor yang masih dalam pembikinan (made in Charlie)

Kali ini Mat Kriss berpeluang berkunjung ke sebuah workshop sahabat Mat Kriss, tak lain dan tak bukan ialah….Ahmad Faizal atau lebih dikenali dengan nama Charlie Olskool.Beliau adalah seorang ‘bike builder’ dan pakar dalam membaik pulih motor Harley Davidson. Anak kelahiran Tapah Perak ini memang hebat dalam bidang permotoran ‘easy ride’ ,lihat sajalah antara gambar yang sempat Mat Kriss rakamkan… ..ada di antara motor yang telah dihasilkan oleh beliau telah disiarkan dalam sebuah majalah yang agak terkenal di luar negara. Hebatkan?

Sekadar berkongsi cerita……..





Ada masa dan ketikanya Mat Kriss mengalami situasi yang membosankan ,mungkin disebabkan terlalu lama mengadap benda yang sama dalam kerja seharian.Dalam mengatasi situasi ini Mat Kriss biasanya akan menziarahi bisnes sahabat-sahabat, bukannya apa, selain dapat memotivasikan diri …ia juga dapat mengeratkan ukhwah yang dituntut dalam agama.

Sabtu, 15 Oktober 2011

MAT KRISS

ASSALAMUALAIKUM kepada semua pengunjung blog ni ye....Mat Kriss sayang korang yang telah banyak membantu Mat Kriss dalam merealisasikan minat Mat Kriss dalam bidang ini, kepercayaan korang tu lah yang membuatkan Mat Kriss sampai ke tahap ini..hehe ...ceewah...

Untuk pengetahuan korang, Mat Kriss ni baru je sembuh dari terkena demam 'chikenpox '...tulah sebab muka nampak 'tambah hensem' ye dak..hahaha..:( tapi skang Mat Kriss dah sihat sepenuhnya ye....:) jgn takut lak...

Kat sini gak Mat Kriss nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada semua jemaah haji kita....SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR....Insya Allah.


APA KHABAR MAT KRISS N THE GENG??

JOM BACA ENTRY TERBARU SAYA..^--^...

Salam untuk semua yang setia nak tengok dan baca entry2 terbaru dari Mat Kriss..harap semua sihat ye...kebanyakan kerja-kerja sekarang ni terdiri drpd kenderaan yang agak besar...entahlah macam musim plak....antaranya kalau u allz nak tau ialah Pajero off road, storm,honda stream, estima dan lain-lainlah, tak kisahlah tu... yang penting 'masyukkkk' ye dak ?..hehe :)

Kat bawah ni ada Mat Kriss sertakan pic2 kenderaan yang Mat Kriss maksudkan...korang tengoklah ye...;))






Lepas siap je cat stream ni, Lan polish kereta ni cam kereta sendiri jerk...bagus2...yang penting pelanggan puas ati...heheh...:)


Estima yang telah selesai diselesaikan oleh Ard ...canteekkkan...heheh (puji diri sendiri)

Ard tengah khusuk tu membancuh cat ... sampai tak sedar orang tengah curi pic dia..hehe ^__^



Lan sempat bergaya dengan hasil kerja yang berjaya disiapkan...:) tapi aksesori blum buat lagi...itu pun dah nampak cunz kan..hehe :)










Rabu, 17 Ogos 2011


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE - 54 BUAT SEMUA !
KAMI DI KRISS AUTO SOLUTION TAK LUPA MENYAHUT SERUAN KERAJAAN DENGAN MEMASANG BENDERA DI PREMIS KAMI....
TERIMA KASIH KEPADA BEKAS PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN DAN AL-FATIHAH BUAT YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA!


KEKALKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA KITA...
SELAMAT HARI MERDEKA DAN SELAMAT HARI RAYA !

Mat Kriss bergambar dengan sebuah MPV pelanggan terkenal - pemain bola sepak negara..he..he... SAFEE SALI! cayokk....

SEMPENA RAMADAN MUBARAK DAN KEHADIRAN AIDILFITRI YANG TAK SAMPAI 2 MINGGU NIE, PIHAK KRISS AUTO SOLUTION INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN JANGAN LUPA SERVIS KERETA ANDA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH NANTI YE..
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT!

salam sayang daripada warga kerja KRISS AUTO SOLUTION!
SELAMAT HARI RAYA..MINAL AIDIL WALFAIZIN





Isnin, 18 Julai 2011

Tips : redah banjir


Salam semua..harini mat nak kite beware dan fikir banyak kali kalau betul ke kenderaan kite nak redah air banjir di jalanan atau situasi di mana kereta kite digenangi air banjir.so jangan lupa ambik sikit info di sini ekk..


Tips Pemanduan: Elak redah banjir



BANJIR satu malapetaka atau bencana alam paling digeruni pemandu terutama apabila mereka terkandas dalam kesesakan jalan raya manakala paras air mulai naik mendadak sehingga enjin kenderaan tiba-tiba mati.


Musim hujan kebelakangan ini pasti meresahkan pemandu kerana selain kesesakan lalu lintas, pemandu bimbang terperangkap dalam banjir kilat.Justeru, anda perlu berhati-hati jika meredah air yang dalam kerana tindakan itu boleh mengundang musibah di kemudian hari.


Merentasi banjir boleh membahayakan sebahagian tali kipas dan menyebabkan enjin kenderaan rosak.Kesan kerosakan boleh dirasai dalam masa satu hari apabila enjin kereta sukar dihidupkan pagi keesokan paginya dan apabila hidup, ia berjalan tidak lancar menyebabkan kenderaan terpaksa dibawa ke bengkel.


Walaupun menukar beberapa komponen seperti palam pencucuh dan membuat pelarasan atau mencuci enjin, masalah sama tetap berlaku.Malah, selepas beberapa minggu, kereta masih lagi meragam dan beberapa komponen lain pula didapati rosak.


Air hujan mengandungi asid dan kotoran halus termasuk lumpur yang jika memasuki bahagian enjin boleh menyebabkan karat serta meningkatkan pergeseran apabila bercampur dengan minyak pelincir dan minyak gear.


Antara beberapa langkah boleh dilakukan sekiranya enjin kenderaan anda dimasuki air akibat banjir atau meredah air sebelum dikesan mengalami kerosakan lebih besar.


Jika enjin kenderaan terendam di air walaupun cuma beberapa saat, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan semua minyak pelincir seberapa segera dan menggantikannya dengan yang baru.


Usah berani mengambil risiko 'menggunakan khidmat' minyak pelincir yang sedia ada dalam enjin kerana ia boleh merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga akhirnya satu persatu komponen lain turut rosak.


Penukaran minyak gear tidak sepenting minyak pelincir tetapi anda dinasihatkan menukarnya kerana minyak gear yang kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear.


Perlu diingat, kerosakan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, tetapi menjangkau beberapa tahun selepas itu sehinggalah anda mula menyedari enjin kenderaan anda 'makan duit'.


Penapis minyak pelincir mesti ditukar kerana minyak pelincir yang bercampur air lumpur mungkin tersedut dalam penapis berkenaan dan akan bercampur pula dengan minyak pelincir yang baru.Selepas itu, dua perkara penting yang perlu dilakukan ialah membasuh kenderaan secara semburan dengan air deras ke semua bahagian yang dirasakan perlu terutama bahagian enjin.


Ketika melakukan kerja semburan air ini, elak menghala hos ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir bagi menghindari air memasuki karburator atau tangki minyak pelincir.
Jangan lupa halakan air deras pada bahagian brek pada roda kereta agar segala keladak yang sukar kelihatan dengan mata kasar tertanggal sepenuhnya.


Usah berani mengambil risiko terus menggunakan minyak pelincir sedia ada dalam tempoh masa lama kerana pelincir yang bercampur air boleh merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga satu persatu komponen lain turut rosak.Biasanya kerosakan tidak berlaku dalam masa yang singkat dan pemilik kenderaan yang berjaya mengharungi banjir perlu melakukan servis di bengkel.


Lain2 tips insyaAllah akan Mat kongsikan buat tatapan kita bersama di sini. So jangan lupa follow blog krissauto k..

Khamis, 7 Julai 2011

Julai bulan melawat Kriss auto.

Puchong Drift come back...




SALAM UKHWAH UNTUK SEMUA PELANGGAN KRISS AUTO YANG DIHORMATI,

Dah lama rasanya Mat Kriss tak berborak ngan u olz, bukan apa,busy sikit la sejak akhir2 ni..harap korang semua sihat lah ye..biasalah kadang2 kesedihan korang rezeki kami...Mat Kriss tak maksudkan apa-apa..gurau je ya....mana taknya orang kemalangan, terpaksa keluar duit untuk repair kereta...tp itu rezeki bg kami, tapi tidaklah bererti Mat Kriss mendoakan yg tak baik untuk korang...apa2 pun berhati-hati di jalan raya....PANDU CERMAT JIWA SELAMAT!!
Ni nak kongsi ngan korang kereta yg baru aje siap design dan pilihan warna owner kereta sendiri...African People...hehe bukan org tempatan ye...friend katanya....





Ahad, 12 Jun 2011

Datsun Charade

Salam.
Datsun Charade on progress






SIAP

Nissan Ceffiro

Salam.

Tempahan white solid untuk Nissan Cefiro










SIAP!

Jumaat, 25 Mac 2011

Tips Aircond

Salam semua..


Mat harap semua pembaca sihat-sihat hendaknye.. Mat dalam bulan ni agak sibuk di bengkel sampai tak sempat nak update blog ni. nak masukkan cerita bengkel, gambar pulak tak upload..so kat sini mat just nak kita berkongsi info tentang aircond kereta atau penyaman udara dalam bahasa Melayunye..hehehe.




Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi.


Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.

1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus.


2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'.


3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.




4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.


5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.


6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'.


7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.



Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.


Oklah..berjumpa lagi lain arena post.. Selamat memandu dari Mat kriss dan para pekerja Kriss Auto Solution. Bye.

Jumaat, 4 Februari 2011

Hak korang sebelum,semasa dan selepas servis kereta..baca k

Selamat bercuti umum semua...


Salam semua, harini mat kriss nak turunkan ilmu bersama-sama untuk pembaca. kali ni tips bila hantar servis kereta kat mane2 bengkel perniagaan..bukan ape, just berjaga-jaga untuk kepentingan pengguna jugak kan..Walau pun tak semua tokey bengkel kereta tamak tapi ade juga yang cuba nak ambik kesempatan. So beware k..

Sebut pasal servis kereta ni sure ramai yang tahukan? Especially pada pemilik-pemilik kereta, tak kira saiz besar ke saiz kecik, semuanya nak kena servis bila sampai masanya. Lagi besar kereta, lagi mahal servisnya, normal la tu.


So, kat sini Mat kriss nak share beberapa tips dengan semua pembaca Krissauto sekalian supaya kita tidak mudah tertipu dengan mekanik-mekanik kedai servis. Penipuan semasa servis banyak berlaku dan kalau kita baca di dalam akhbar, saban waktu berlaku penipuan servis, baik dari segi harga atau alat-alat ganti.


Sebab tu amat penting dan sangat-sangat penting bagi kita sebagai pemilik kereta supaya sentiasa menunggu apabila kereta kita diservis. kebiasaannya kita hantar kereta dan petang baru kita ambik kan? Tetapi pernah tak korang bertanya berapa harga bagi setiap alat-alat ganti itu? Berapa harga pasaran minyak hitam, oil filter, air filter dan sebagainya.

Kita sebagai pengguna perlu ambik tahu harga alat-alat ganti kerana ada sesetengah kedai menipu kita dengan menaikkan harga alat-alat ganti itu untuk keuntungan mereka tanpa disedari oleh pemilik kereta. Sebab itu penting bagi kita menyimpan kesemua resit-resit servis untuk rujukan dan simpanan. Amat penting kita membuat senarai harga bagi setiap barang dan disimpan di dalam wallet atau purse kita untuk rujukan dimasa hadapan.



Mari kita tengok kejadian yang biasa berlaku semasa servis selain menaikkan harga alat-alat ganti tanpa pengetahuan kita.

Kes 1:
Pemilik perodua kancil ini menghantar kereta untuk servis tetapi apabila diperiksa sebenarnya, keretanya belum diservis langsung dan keadaan enjin adalah sama seperti masa dihantar untuk servis. Oleh itu penting bagi kita untuk memeriksa enjin didepan mekanik apabila hendak mengambil kereta. Kita ada hak untuk meminta mekanik tersebut untuk membersih keadaan atas enjin selepas servis.


Kes 2:
Pemilik KIA Spectra menghantar kereta untuk membuat alignment dan balancing tayar. Selepas menunggu beberapa jam, kereta pemilik siapuntuk diambil tetapi tidak berapa lama selepas itu pemilik kereta mendapati, nat dan ibu nat telah ditukar dengan bahan tempatan sedangkan nat yg asli itu telah dicuri oleh pemilik bengkel kereta tersebut.


Kes3:
Pemilik perodua kancil juga menghantar keretanya untuk servis biasa, tukar minyak hitam dan sebagainya. Harga servis seperti biasa tetapi selepas beberapa bulan, pemilik menghantar keretanya untuk servis seterusnya dan mendapati oil filter tidak ditutup dengan rapat sehingga minyak hitam menitis keluar. Kata mekanik servis, encik bernasib baik kerana cepat hantar servis, kalau tidak, minyak hitam kering, habis la… hahaha


Itu antara beberapa kes yang pernah berlaku dan mungkin pernah terjadi kepada kita sahabat atau saudara mara.


Begitu juga untuk menukar tayar. Kalau kita ke kedai tayar, sudah pasti tokey kedai kata tayar kita sudah botak padahal tayar kereta kita boleh tahan lagi untuk tempoh sebulan. Bunga tayar masih ada dan ada tokey kedai yang menjual balik tayar untuk keuntungan sementara.


Minyak hitam pula harganya berbeza-beza mengikut kedai. Oleh itu bijak bagi kita jika membuat survey harga minyak hitam itu di merata kedai dan supermarket. Di Carrefour, Tesco atau Giant mungkin murah sedikit tetapi kalau setahun dihitung cuba kira berapa kita untung? Sebenarnya kita bolehmembawa minyak hitam yang dibeli sendiri untuk tujuan menukar minyak hitam. Tidak menjadi kesalahan tetapi kita perlu berhati-hati kerana minyak hitam tidak sama kelikatannya. Ada nomborsiri yang perlu kita ingat.Kelikatan minyak hitam itu akan mengekalkan deruman enjin dan kekuatan enjin. Berhati-hatilah.


Kita perlu ingat, harga alat-alat ganti tidak sama di semua kedai danperlu bagi kita untuk membuat senarai harga alat-alat ganti itu.Kenapa? Nanti kita boleh tanya balik kepada mekanik kenapa harga naik atau sebagainya.



Setengah kedai ada mempunyai sebutharga alat-alat ganti yang diletakkan didinding kedai mereka termasuk kat bengkel kami krissauto Solution. Perhatikan dan jika tiada pandai-pandaila bertanya kerana mengikut Kementrian Pengguna, adalah menjadi satu kesalahan jika tidak memaparkan senarai harga alat-alat ganti.


Dan akhir sekali, sentiasa perhatikan kerja-kerja mekanik dan pastikan mereka tidak menukar barang tanpa kebenaran kita sebagai pemilik kereta. Tak pasal-pasal nanti kita kena charge lebih. Berhati-hati. Oklah..Sampai sini dulu tips dari mat kriss untuk para pembaca krissauto.blogspot.com.


Mat kriss ingin mengambil ksempatan mengucapkan Gong Xi Fa Chai 2011 kepada rakan2 Tionghua yang menyambutnya. Tahun Arnab ada Ong maa.. ( diorang cakap la). Selamat bercuti

Ahad, 9 Januari 2011

Cara hidupkan kereta bila bateri kong

Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah

Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji.


Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:


1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.


Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.


2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.


Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.

Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.


Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.


Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.



Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi. Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburetor tetap melimpah. Dalam hal ini, bawalah ke mekanik anda untuk dibaiki.

Related Posts with Thumbnails