Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Rabu, 11 Disember 2013

KRISS AUTO BERWAJAH BARU!

Kerja-kerja pemasangan banner atau papan tanda baru sedang giat dijalankan bagi menggantikan papan tanda yang lama...semoga dengan adanya banner dan papan tanda baru ni menaikkan lagi semangat warga kerja KRISS AUTO SOLUTION hendaknya ya...
Untuk anda pelanggan2 setia dan pelanggan baru yang bercadang untuk mencantikkan kereta kesayangan anda jemputlah datang ke bengkel kami dan hubungi Mat Kriss ya bila2 masa..Insya Allah konsultasi terbaik akan diberikan untuk anda..sesungguhnya kami di Kriss Auto memahami kehendak dan keinginan anda!



TIPS MEMANDU DI MUSIM BANJIR!

Assalamualaikum semua followers blog Kriss Auto kesayangan ku ini. Wahh macam dah bersarang je nampaknya blog ni...lama sungguh Mat Kriss kita ni tak mengupdate blog nikan...maaf sangat-sangat ya...Mat Kriss sangat-sangatlah sibuk yg luar biasanya kat bengkel. Nak2 time cuti sekolah..banyak betul kereta yang masuk..tak menang tangan dibuatnya..apa pun Mat Kriss sangat bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang dikurniakan olehNya ini. Alhamdulillah.


Followers semua..sekarang semua pun tahukan musim hujan dan banjir yang sedang melanda kawasan kita.So sekarang Mat Kriss nak bagi korang semua tips nak memandu dalam keadaan banjir..mana tau tetiba tengah2 syok dengar panggilan hangit kat Hot fm air pun dengan tak disangka dah naik ke paras enjin kereta kesayangan anda...huhh..mau nagis macam ni...

So jom tengok tips yang dapat Mat Kriss kongsikan bersama..sekurang-kurangnya membantulah ya...

1.      Kalau rasa anda boleh elak daripada redah banjir tu, se-elok2nya anda elaklah. Cepat2 patah balik dan guna je jalan lain. Jangan fikir kereta depan lepas, kereta anda pon boleh lepas.

2.      Kalau kereta anda tu dah dikelilingi banjir, tinggalkan kereta cepat2 dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi.

3.      Kalau satu2nya jalan keluar adalah dengan mengharungi banjir tu, drive slow2 ( dalam 20km/jam) pada kelajuan yang tetap dan jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine anda sebab air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Tukar gear rendah bagi kereta manual yang auto tu gear D atau 3 kot, tak reti la pakai kete auto. Hehehe!

4.      Kalau air masuk juga dalam engine, jangan cuba start balik kenderaan anda. Boleh rosak engine. Call je tow truck. 

5.      Jangan panic dan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning(tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan)

6.      Kalau terjadi juga aquaplaning ni, pegang kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar tu grip balik jalan.

7.      Jangan memandu melawan arah traffic, kalau terpaksa juga, biarkan kenderaan dari arah bertentangan tu lalu dulu, baru anda lalu.

8.      Lepas dah berjaya harungi banjir tu, test break anda betul2. Mula2 tekan break sampai anda yakin brek tu berfungsi, lepas tu pegang steering kemas2 dan tekan brek sikit2 beberapa kali untuk mengeringkan brek anda.

Bahayanya banjir ni adalah bila anda taktau berapa dalam banjir tu dan risiko kereta anda hanyut kalau paras air terlalu tinggi. Lebih kurang 6 inci pon dah cukup nak cecah bawah kereta anda dan menyebabkan anda hilang kawal atau menterbalikkan kereta anda. Dan paras air sekaki (lebih kurang 30cm) pon dah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, terus hanyut je kereta tu.

Panduan am: Jalan-jalan yang ditenggelami air itu dianggap tidak boleh dilalui oleh:
·         Kenderaan ringan sekiranya paras banjir sedalam 0.35m (14") di permukaan jalan.
·         Semua kenderaan sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2'6") di permukaan jalan.



Related Posts with Thumbnails