Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Isnin, 28 Jun 2010

KARAT DAN CAT

Karat(rust) adalah salah satu masalah dalam proses mengecat kereta bahkan banyak memberikan kesan sampingan pada bahagian yang telah dicat samaada ketika mengecat atau dalam tempoh tertentu sekiranya tidak diurus dengan baik sebelum melakukan kerja-kerja mengecat.


Kenapa karat terjadi? Menganali karat bererti anda menjaga kereta anda dengan baik.Ada beberapa sebab karat terjadi:

  • Bahagian besi terdedah kepada udara.
  • Bahagian besi bersentuh dengan air.
  • Bahagian besi berseentuh dengan percikan air laut
  • Sebab lain ialah tahi binatang seperti tahi lembu dan burung.
Besi yang terdedah akan menjadi karat kerana udara di persekitaran kita mempunyai kandungan air yang tidak kelihatan.Apa lagi ketika hujan dan ketika mencuci kereta besi yang terdedah bersentuh dengan air menyebabkan karat pada besi.

Ada kemungkinan besi yang terdedah akan bersentuh dengan air laut ketika berkelah dan ini menjadikan besi berkarat.

Kesan-kesan sekiranya tidak di ambil tindakan....

  • bahagian yang dicat tidak akan bertahan lama dan cat akan pecah.
  • terdapat bintik-bintik di bahagian yang berkarat ketika selasai mengecat.
  • karat akan merebak ke bahagian lain.
  • karat yang tidak di urus dengan baik akan menyebabkan putty pecah dan cat akan pecah.
Tips-tips mengurus karat sebelum mengecat kereta:
  1. Gosok bahagian besi yang berkarat sehingga karat atau bayang-bayang karat pada bahagian besi yang berkarat tidak kelihatan,kemudian gunakan primer atau cat dasar.
  2. Gunakan key brush(berus besi) sekiranya karat pada bahagian besi serius dan berlubang.
  3. Cuci bahagian karat yang di gosok dengan thinner atau bahan kimia anti- karat yang sesuai.
  4. Cuci dengan thinner dan putty sekiranya terdapat lubang pada bahagian yang berkarat.
  5. Bungkus keseluruhan badan kereta dengan plastik sekiranya tidak di cat dalam tempoh 3 hari.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan karat bolehlah hubungi encik mat kriss ye..selamat..

Isnin, 21 Jun 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU LAN

Salam semua..


Salah seorang dari warga kerja Kriss Auto Solution selamat diijabkabulkan pada 19 June 2010 yang lalu. beliau merupakan aset utama dalam tenaga kerja di bengkel ini. Diharapkan dengan terasminye ikatan perkahwinan beliau akan lebih memotivasikan diri beliau untuk berkhidmat lebih efisien di lain masa.



Encik Mat kriss mengucapkan tahniah pada khairulazwan bin Muhd Ghazali dan pasangan hidupnye iaitu Emira binti Md Saad. majlis tersebut dilangsungkan di Melaka bertempat dirumah pengantin perempuan di kampung Paya Rumput Melaka. Pasangan sama comel ini memakai persalinan songket merah di hari bahagia mereka itu..



Kehadiran ramai rakan2 dan para bekas pelanggan dari kriss Auto memeriahkan lagi majlis walimatul urus tersebut. Encik Mat Kriss juga tidak terlepas turut serta menghadiri perkahwinan pekerja kriss Auto ini. Tokey sekeluarga meluangkan masa dan selepas pulang dari sana, ada kesesakan luar biasa berlaku di highway exit Seremban berdekatan Tol.hampir 20km. ade kemalangan membabitkan lori dan beberapa biji kereta. isk3.. So berhati2 lah dijalan raya ye.


InsyaAllah..gambar sekitar hari persandingan mereka akan di download di halaman ini di lain masa.. Sedikit pesanan warga krissauto untuk lan ' SELAMAT PENGANTIN BARU..BAHAGIA KE AKHIR HAYAT'. :)


Amin.

Selasa, 15 Jun 2010

Pengiktirafan dari Nippon Paint.

Salam semua..


Anda mencari sebuah bengkel yang sememangnya mahir dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam kerja2 semburan, ketuk,simen dan cat kereta di Puchong dan kawasan sekitarnya?. Alhamdulillah anda sememangnye beruntung kerana melayari laman blog kami ini. Krissauto berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini. Encik Matkriss sendiri berpengalaman bekerja dalam industri ini hampir 5 tahun sebelum membuka sebuah bengkel yang bertapak di bumi Puchong ini. alhamdulillah bengkel kami juga sudah berusia hampir sedekad lamanya.


Bagi memantapkan ilmu dalam bidang ini demi kepuasan pelanggan, pemilik Krissauto telah menghadiri kursus oleh syarikat gergasi cat dunia iaitu " Nippon Paint". Nippon Paint ni biasenye mahsyur sebagai pengeluar cat utama namun ramai antara kita anggap ia hanya mengeluarkan cat untuk kegunaan domestik seperti rumah dan bangunan. ha3. Namun kehadiran tokey bengkel tersebut atas kursus " Next Premila 2k roadshow" untuk kenderaan bagi semburan cat 2k.



Usah ragu-ragu lagi untuk menghantar kenderaan kesayangan anda untuk kami make-up sehabis cun ,atau untuk kerja2 rutin seperti ketuk, karat dan simen pun boleh ke mari. terdapat beberapa lagi perkhidmatan yang kami tawarkan. Sila lihat di halaman Perkhidmatan untuk maklumat lanjut. "Kepuasan Anda Kami Peduli".

Isnin, 14 Jun 2010

Bengkel Kriss auto tukar iklan utama

Salam semua..

Pada 28 April 2010 yang lalu Krissauto telah menempah banner iklan baru untuk bengkel kami..yang lama punye dah kami tanggalkan kerana terdapat beberapa perkhidmatan yang kami tambah dan bagi memberitahu para pelanggan kami, bahawa Krissauto bukan sahaja menawarkan kepakaran kami dalam ketuk dan spray tapi beberapa perkhidmatan sampingan lain.

Logo Krissauto.. kereta bety @ kodok..

haha..dah tambah baru... www.krissauto.blogspot.com

Hati2 bro panjat tu..jatuh bangun sendiri la ye.. har3


Kerja terakhir pemasangan banner

Hasil kerja yang unggul kan..


kami akan mengubah banner sedia ada ini kepada papan iklan kekal yang berlampu di masa akan datang. Kami di krissauto jugak mengharapkan agar perniagaan kami ini sentiasa diberkati oleh Allah dan menjadi pilihan utama pelanggan bumiputera di kawasan berhampiran. InsyaAllah. (",)
Related Posts with Thumbnails