Karat(rust) adalah salah satu masalah dalam proses mengecat kereta bahkan banyak memberikan kesan sampingan pada bahagian yang telah dicat samaada ketika mengecat atau dalam tempoh tertentu sekiranya tidak diurus dengan baik sebelum melakukan kerja-kerja mengecat.
Kenapa karat terjadi? Menganali karat bererti anda menjaga kereta anda dengan baik.Ada beberapa sebab karat terjadi:
- Bahagian besi terdedah kepada udara.
- Bahagian besi bersentuh dengan air.
- Bahagian besi berseentuh dengan percikan air laut
- Sebab lain ialah tahi binatang seperti tahi lembu dan burung.
Besi yang terdedah akan menjadi karat kerana udara di persekitaran kita mempunyai kandungan air yang tidak kelihatan.Apa lagi ketika hujan dan ketika mencuci kereta besi yang terdedah bersentuh dengan air menyebabkan karat pada besi.
Ada kemungkinan besi yang terdedah akan bersentuh dengan air laut ketika berkelah dan ini menjadikan besi berkarat.
Kesan-kesan sekiranya tidak di ambil tindakan....
Ada kemungkinan besi yang terdedah akan bersentuh dengan air laut ketika berkelah dan ini menjadikan besi berkarat.
Kesan-kesan sekiranya tidak di ambil tindakan....
- bahagian yang dicat tidak akan bertahan lama dan cat akan pecah.
- terdapat bintik-bintik di bahagian yang berkarat ketika selasai mengecat.
- karat akan merebak ke bahagian lain.
- karat yang tidak di urus dengan baik akan menyebabkan putty pecah dan cat akan pecah.
Tips-tips mengurus karat sebelum mengecat kereta:
- Gosok bahagian besi yang berkarat sehingga karat atau bayang-bayang karat pada bahagian besi yang berkarat tidak kelihatan,kemudian gunakan primer atau cat dasar.
- Gunakan key brush(berus besi) sekiranya karat pada bahagian besi serius dan berlubang.
- Cuci bahagian karat yang di gosok dengan thinner atau bahan kimia anti- karat yang sesuai.
- Cuci dengan thinner dan putty sekiranya terdapat lubang pada bahagian yang berkarat.
- Bungkus keseluruhan badan kereta dengan plastik sekiranya tidak di cat dalam tempoh 3 hari.
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan karat bolehlah hubungi encik mat kriss ye..selamat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan