Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Jumaat, 11 Disember 2009

KEMASKINI AKHIR TAHUN 2009

Salam buat para pembaca...

Sedar tak sedar Kriss Auto Solution sudah bertapak di Puchong hampir 6 tahun lamanya. Walaupun sudah agak "stabil" di sini, Alhamdulillah..kami di Kriss Auto Solution masih memerlukan anda sebagai legasi kami untuk terus bertapak di sini dalam tempoh yang panjang dan berterusan.Insya Allah.. Kriss Auto amat mementingkan mutu dan hasil kerja kami demi kepuasan para pelanggan yang kami hormati.

Sekarang sudah pun masuk pertengahan bulan Disember 2009. bermakna cuma ada lagi 2 minggu untuk kita melangkah ke tahun 2010 nanti. Di harap tahun hadapan menjanjikan tahun yang lebih gemilang dan kriss Auto diharapkan memacu pertumbuhan ekonomi bumiputera dan turut menyumbang pada negara Malaysia amnya.



Kami di sini mula mengemaskini buku2 akaun kami, menyemak rekod para pelanggan kami dan mengemaskini stok peralatan agar terus mencukupi demi memastikan kereta anda dapat disiapkan dalam tempoh yang pelanggan inginkan. Para pekerja Kriss Auto Solution juga akan sedaya upaya memberi hasil kerja terbaik buat anda.

Jadi..kami di Kriss Auto Solution mengalu-alukan jika anda berminat untuk menghantar kereta anda ke bengkel kami dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Hubungi tokey bengkel di talian tertera di atas. Sesuai dengan Moto kami : KEPUASAN ANDA KAMI PEDULI.

Khamis, 26 November 2009

HARI RAYA AIDILADHA 1430

Salam..



Maaf buat para pengunjung blog ini berikutan kami menyepi agak terlalu lama. Ini disebabkan kesibukan di bengkel menyebabkan saya tiada masa nak update blog ni, rupanya dah dekat 3 bulan lebih dah.. Kami di KirssAuto dalam keadaan baik dan sejahtera, Alahmdulillah.



Oh ya.. Esok hari jumaat bersamaan 27 November 2009 merupakan hari raya korban 1430 hijrah. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima oleh Allah. Mari kita mengenang kembali pengorbanan sebenar kita pada Allah, walaupun pengorbanan kita tidak sebesar pengorbanan Ibrahim dan Ismail a.s tetapi setiap pengorbanan melahirkan kehidupan yang lebih beerti. Insya Allah.




Buat para semua rakan2 dan supporter dari bengkel2 lain, kami mendoakan agar kita semua beroleh rahmat dan Inayah dari Nya. Diharap bisnes orang kita semakin maju dan mendapat keberkatan dari sumber yang halal. Akhir kalam ..selamat menjalani ibadah korban dan selamat hari raya aidiladha 1430 hijrah..

Jumaat, 18 September 2009

Salam Aidilfitri dari meja tokey



Salam buat kesemua ....

Hari raya adidilfitri menjelang lagi...di kesempatan ini saya mewakili warga kerja Kriss Auto Solution mengucapakan selamat menyambut hari raya aidilfitri tidak kira di mana jua anda berada. Saya berharap agar Syawal yang bakal kita jalani nanti dilakukan secara bijaksana, tidak melampau dan mengutamakan aspek keselamatan.Terutama menjelang musim perayaan ini..jalan2 raya dan lebuhraya dibanjiri kereta yang berpusu2 keluar dari arah bandar menuju kampung halaman masing-masing.


Sebelum memulakan perjalanan raya anda, ada baiknya para pemandu memeriksa kenderaan sebelum memandu jauh..ini demi keselamatan anda dan orang lain. Ingatlah.Hari raya bukan untuk ditangisi tapi untuk dirai. Kami dari Kriss Auto Solution mengucapkan selamat menyambut hari raya,dan jika ada perbuatan, tuturkata,penulisan dan sebarang yang kurang senang dihati pembaca..kami memohon sejuta kemapunan di bulan Syawal yang diberkati Allah ini.

SELAMAT MENUJU KE DESTINASI MASING-MASING DENGAN SELAMAT. MULAKAN PERJALAN ANDA DENGAN DOA MENAIKI KENDERAAN. AMIN.

Ahad, 30 Ogos 2009

KERJA-KERJA ASAS TOUCH UP DI KRISS AUTO






Gosok simen dan touch up bumper







dalam proses bodywork



Kerja spray boot di kriss auto






Kerja spray yang hampir sempurna siap.

....................................................................................................................................................................................................................


Gambar di atas merupakan kerja-kerja Touch up asas kereta. untuk hasil terbaik segeralah berkunjung ke bengkel kami melihat hasil mutu sebenar hasil kerja kami.. Dari kami di Krissauto


Jumaat, 28 Ogos 2009

KAMI DI KRISSAUTO MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


tazkirah ramadhan dari kami

Merujuk kepada Ayat 183 surah al Baqarah :

يا يها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang – orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.
( Surah al Baqarah : Ayat 183 )

Ayat di atas jelas menegaskan bahawa perkara asas yang ingin dicapai melalui ibadah puasa yang difadhukan ini ialah Taqwa. Tanpa taqwa ertinya ibadah puasa yang dilakukan oleh kita tidak mencapai objektif yang dikehendaki oleh Allah swt


Maksud yang seerti dengannya ialah puasa kita gagal apabila kita gagal mendapatkan taqwa melalui aktiviti puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini . Sebab semua orang memahami bahawa kejayaan dalam sesuatu kerja atau urusan ialah melihat kepada hasil atau objektif perlaksanaannya sejauh mana ia dicapai . Inilah yang iasa disebut sebagai management by objective .


Prof. Doktor Wahbah az Zuhaili . ( di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua /muka surat 130 . Cetakan Darul Fikri Damsyik ) ketika menafsirkan ayat ini menyebut nahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt melalui beberapa faktor :


1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah swt. dalam keadaan sembunyi atau terbuka . Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah swt. ( Seseorang boleh makan lalu berpura – pura lapar dihadapan manusia tetapi tidak dihadapan Allah swt. Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Maha Mengetahui .)


2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. ( lantaran puasa melemahkan gelora nafsu .)


3. Mencetus naluri yang peka ( sensitive ) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain . ( Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik )


4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang – orang kaya dan miskin .( di sisi Allah swt.)


5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas system ( yang benar dan menepati fitrah ) dan mendisiplinkannya.


6. Memulihkan struktur dalaman tubuh , menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad .

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesiapa nak make over kereta yang cun sempena aidilfitri menjelang tiba, jangan malu2 hantar ke bengkel kami.. Kereta,kereta jugak..puasa jangan lupa.. Salam Ramadhan

Ahad, 5 Julai 2009

Petua penjagaan kereta anda


Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Jika tayar anda selalu kehilangan tekanan angin bermakna kemungkinan besar paku telah tertembus pada tayar anda. Kenapa tayar kereta tidak pancit terus dan hanya hilang angin sedikit demi sedikit? Kerana tayar kereta menggunakan teknologi tubeless iaitu tanpa tiub dan angin akan masih berada di dalam tayar walaupun tertusuk paku. Selalunya paku berada di bahagian tepi jalan yang ditabur oleh TAUKEY TIUB yang target untuk memancitkan tayar penunggang motor. Oleh itu, jika memandu, janganlah terlalu ke kiri. Lagipun lorong di kiri adalah untuk penunggang motor, basikal dan pejalan kaki.


Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga injin melahu pada kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup. Dengan cara ini, enjin anda akan lebih berkuasa di jalan dan menjimatkan minyak serta tahan lebih lama.


Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi.


Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.


Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk periksa harga tayar, boleh tengok2 di laman web lelong.com.my atau pergi je kedai tayar buat survey dulu baru tukar. Jangan sampai kena tipu beli tayar celup.


Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai “Petnam” atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Pergi kedai hardware, beli strap wrench atau cup wrench untuk buka oil filter kereta anda. Beli oil filter dalam RM10, minyak hitam shell helix sudah memadai untuk prestasi yang baik dengan harga RM43 untuk botol 3 liter bagi kenderaan bersaiz kecil seperti kancil dan 4 liter untuk kereta bersaiz besar.


Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.
Sayangi kereta anda, jaga kereta anda..lagi satu ada masa hantar le ke bengkel kami kat sini.hehehehe

Ahad, 12 April 2009

PELBAGAI WARNA TERSEDIA


Kami turut mempunyai kepakaran sebenar dalam mengadun warna mengikut citarasa sebenar anda..sesuai dengan moto pelanggan kami..KEPUASAN ANDA KAMI PEDULI!


Khamis, 19 Mac 2009

Related Posts with Thumbnails