tentang tokey bengkel

Foto Saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Jumaat, 25 Mac 2011

Tips Aircond

Salam semua..


Mat harap semua pembaca sihat-sihat hendaknye.. Mat dalam bulan ni agak sibuk di bengkel sampai tak sempat nak update blog ni. nak masukkan cerita bengkel, gambar pulak tak upload..so kat sini mat just nak kita berkongsi info tentang aircond kereta atau penyaman udara dalam bahasa Melayunye..hehehe.




Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi.


Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.

1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus.


2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'.


3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.




4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.


5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.


6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'.


7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.



Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.


Oklah..berjumpa lagi lain arena post.. Selamat memandu dari Mat kriss dan para pekerja Kriss Auto Solution. Bye.

3 ulasan:

  1. bagaiamana air con berfungsi?please jelaskan dengn lebih mendalam,sy perlu thu..tq mat kriss

    BalasPadam
  2. dekat mana kedai service aircond kereta yang terbaik area puchong...tq...

    BalasPadam
  3. salam..cadang nak servis aircond avanza..dah 5thn pakai baru ni nak servis. berapa anggaran kos kalau servis biasa dan berapa lama siap? lokasi di mana?
    Shah drp shah alam sek.27

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails