Sedar tak sedar dah pun nak raya. Kenapa akhir-akhir ni masa begitu cepat berlalu ye. Tak sedar dah pun nak berade di akhir bulan Ramadhan yang mulia. Ramadhan bakal meninggalkan kita dan syawal pula menggamit tiba. Mat kriss sekelarga serta seluruh warga kerja Kriss Auto Solution mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin. halalkan segalanye sama ada terkasar bahasa, perbuatan dan tindakan. Juga meminta dihalalkan makan dan minum kami jua.
kami sama jugak dengan bengkel seangkatan seperti FSA, Azamaju Spay work dan bengkel Emy Klang yang memang tak menang tangan bagi menyiapkan kereta yang dihantar oleh pelanggan tersayang. Namun kami sedaya upaya cuba menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin bagi para pelanggan kami dapat melaram dengan kereta yang diidamkan hari raya nanti.
Kereta pelanggan yang lain terpaksa parking tepi kedai sementara kereta dalam workshop siap baru-baru ni.
Besok (Rabu 9 September 2010) bengkel krissauto akan mula bercuti sempena menyambut syawal yang dijangka jatuh pada hari Jumaat berdasarkan rukyah dan hisab. Jadi kami menghulur sepuluh jari sebagai tanda kita saling bersaudara. Jemputlah datang ke rumah ,Apa-apa hal call atau mesej la dulu, boleh saya sediakan apa yang patut ye. :)
Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin dari kriss Auto Solution. (",)
salam Tauke Mat Kriss dan warga kerja Kriss auto,..sibuk betul raya kali ni..rezki hari raya, Dari saya & kawan kerja di bengkel, mohon maaf andai selama persahabatan maya kita selama ni ada sebanyak,sedikit kesalahan dari kami,mohon ampun dan maaf lah kami pinta..doa kami,semoga Kriss Auto dan semua sahabat2 bengkel seperti kita terus maju..
BalasPadamHati kadang2 nak juga pi jalan2 kat bengkel bos,tapi maklum la...kerja mcm kita ni x tentu masa..insyaallah..sampai masa kita akan jumpa.
salam bos.
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
BalasPadam----==--SalamAidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.
Anak zirafah dimakan buaya,
Buaya Tain makan kelapa,
Bila makan juadah raya,
Yang miskin jangan dilupa.
Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka.
Pagi raya semua gembira,
Berjalan bersama rakan dan taulan,
Ketika enak menjamu selera,
Orang yang tiada jangan dilupakan.
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
yup taukey krissauto kami juga minta maaf kalau ade salah silap gak.... mmg sesak lah nampaknya bengkel taukey sampai luar bengkel nampaknya.... bersusun kereta tu..... kami tumpang berbangga lahh...
Alhamdulillah seperti Taukey ini rezeki kita time rayaa camni mmg banyak tempahan... tapi tak terlayan kehendak semua pelanggan...haiiii macam-macam ragam pelanggan ni... time nak raya camni ade-ade aje permintaan diorang...kita cuba sedaya upaya menyiapkannya...
yup betul kata taukey azamaju kita ni mmg tak ada masa sesangat nak tinggal2 tu tak boleh lah... sampai masa Insya Allah kita berjumpa...
Salam dari kami Firestarting dan warga kerja disini