Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Sabtu, 28 Ogos 2010

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malysia ke 53 Tahun !!!

Proud to be a Malaysian..

Kriss Auto ingin mengucapkan selamat menyambut hari Kemerdekaan negara kita yang tercinta Malaysia kali ke 53 tahun. Kami seboleh mungkin turut sama ingin menjadi rakyat yang terbaik malaysia miliki, biarpun sumbangan kami kecil namun kami tetap berbangga menjadi anak pribumi bangsa bermaruah. Malaysiaku Dirgahayu.


Ketika mana kita menyambut ulang tahun negara tercinta ini namun masih ada tangan2 onar yang ingin meragut kesucian bumi bertuah ini. Kriss Auto turut sedih dan kesal atas apa yang berlaku atas pembejatan ke atas bendera Jalur Gemlang di negara tetangga. Namun masih ramai rakyat negara ini yang tidak prihatin dan membiarkan sahaja perbuat terkutuk itu dilakukan. Islam mengajar kita agar bersatu padu dan saling hormat menghormati.
Ayuhlah kita menjadi rakyat yang dapat menyumbang pada negara, jangan ditanya apa yang negara boleh beri pada kita tapi tanyalah apa yang kita mampu sumbangkan pada negara tercinta ini. Bersama kita telusuri tema hari Kebangsaan kali ini : 1 Malaysia Menjana transformasi.

!!!Malaysiaku Gemilang!!!

2 ulasan:

  1. .•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•.
    ----==--Kami Mengucapkan---==----
    Selamat Hari Kemerdekaan ke 53
    '•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•'
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com




    Sorry Terlalu Lama Tak Ziarah Blog Ni coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...

    apa pun kami warga fire starting automobil ingin ambil kesempatan pada rakan kami kriss auto salam kemerdekaan, salam ramadan, salam hari raya aidil fitri yang akan menjelang tak lama lagi...

    semoga kemerdekaan ini juga menjelangnya aidilfitri bengkel kriss auto makin bertambah rezekinya.... maju jaya bisnesnya... kami doakan... kita sesama bengkel cat bumiputra melayu akan terus berdaya saing....

    BalasPadam
  2. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    ----==--Salam Aidilfitri---==----
    --=== Maaf Zahir & Batin ===--
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
    HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....

    kelantan...
    Make ikke cicoh budu
    Jange lupo tamboh satar
    kelik rayo taksir laju
    Nanti rayo dale sepita

    Terengganu...
    Makang ubi jamang jepong
    Makang kepok cicah cuke
    Bulang pose mung bengong
    Bulang raye mung gile

    Pahang...
    Sepadan Pahang ada kasino
    Nasi dagang ikan patin
    Jange mu masam muko
    Raya makan rendang sadin

    Johor...
    Cegitu cegini awak suke
    Awak suke kite cerie
    Esok luse hari raye
    Sama-sama bersuke rie

    Melaka...
    Hawau kau berak merate
    Kaki bengkak ulau patok
    Kalu balik naik kerete
    Jangan pandu kalau ngantok

    N. Sembilan...
    Masak lomak cili api
    Campo dongan daun turi
    Hari rayo kolumpo sopi
    Tinggal penyamun dongan pencuri
    org kolumpo jgn kocik ati!!)

    Selangor/K.Lumpur...
    Wa cakap lu wa tak tau
    Tapi wa tipu sama lu
    Raya jangan buat tak tau
    Angpau ada bagi gua dulu

    Perak...
    Gulei tempoyak ikan mayong
    Deroyan busok tebok tupei
    Pandu hemat ingat kampong
    Ase(Asal) teman selamat sampei

    Kedah...
    Aloq Staq terketaq-ketaq
    Lapaq perut makan pau
    Macam mana tak ketaq
    Kena paksa bagi angpau

    Penang...
    Nasi kandaq kedai mamak
    Anak mami juai pesemboq
    Lepaih raya jgn dok triak
    Kalu ceti mai kot dapoq

    Perlis...
    Padangbesaq kecik aja
    Tempat siamlalu lalang
    Hari raya kita berbelanja
    Jangan sampai menambah utang

    Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

    Joommmm balik kampung kita berhari raya... Pesanan kami berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang kekampung halaman... ingat orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails