Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Isnin, 2 Ogos 2010

jangan pasang aircond bila...

salam buat semua pengunjung blog ini...
Semoga maklumat di bawah dapat dijadikan panduan untuk kita..


DI LARANG MENGHIDUPKAN PENDINGIN HAWA SEBAIK MENAIKI KERETA..



Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan benzene, iaitu sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Di samping menyebabkan kanser ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan leukimia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan benzene yang dibenarkan ialah 50mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jka dipakir dikawasan berbumbung dan tingkap tertutup menghasilkan 400- 800 mg benzene. Jika diniarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap benzene boleh meningkat sehingga 2000 - 4000 mg, iaitu 49 kali daripada tahap yang dibenarkan.... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksid yang berlebihan secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelak perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksid yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails