Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Ahad, 3 Oktober 2010

Berkongsi jenis-jenis cat bersama Mat Kriss


Salam buat semua pembaca Krissauto.blogspot.com. Korang perasan tak bile kita nak cat kereta ade 2 perkara penting yang selalu main dalam fikiran kita… jenis cat apa yang paling sesuai dan warna apa yang paling kena dengan citarasa dan tak menyakitkan mata orang lain tengok body kereta kita..hihihi.



Kita start dari warna cat apa yang paling sesuai..


Oklah..kali ini Mat kriss mahu memberikan serba sedikit tips sebagai panduan buat pembaca blog yang tak seberapa ni..supaya korang tidak salah memilih jenis dan warna cat pada kereta mahupun material yang kita nak cat. Tip ini bukan hanya untuk mereka yang terlibat dalam mengecat tapi juga kepada bakal pelanggan yang bercadang untuk menghantar kereta mereka untuk di cat... ( nak hantar kat Krissauto pun lagilah digalakkan sebenor-benornye) :D



Nak pilih cat ape ek?


Sebenarnye ada
banyak jenis cat dan berbeza-beza fungsi di pasaran sekarang ni. Korang pun mungkin dah pernah dengar jenis-jenis cat lain macam cat kayu, primer(undercoat), cat besi, cat plastik ,cat kereta dan banyak lagi..Tapi kat sini Mat kriss hanya nak berkongsi ilmu sikit tentang jenis-jenis cat yang sering digunakan untuk kereta tapi jarang korang ketahui.




Terdapat 3 jenis cat hingga 5 jenis cat yang digunakan oleh tukang cat kereta bergantung kepada kualiti,tahap disiplin dan kepakaran tukang cat. Biasanye kami kat Krissauto menggunakan 5 jenis cat tersebut:


- Primer (undercout)
-. Cat besi
-. Cat plastik
-. Cat clear
-. Cat metalik


Benda asas yang perlu kita tahu sebelum cat kenderaan ialah bahagian pada body kereta..Sekarang ni ,kereta Malaysia sering menggunakan 2 jenis cat iaitu cat plastik dan cat besi (khas untuk kereta). Cat besi untuk bahagian besi pada kereta dan manakala cat plastik pada bahagian plastik seperti kebanyakan pada bumper depan dan belakang kereta pada zaman ini. ( Kereta dulu-dulu pakai besi padat tu weii, kena hentam pun still kemek biase je.) . Korang jangan silap bila guna cat besi pada body part yang memang khusus untuk cat plastik je.nanti cat tu jadi pecah-pecah..Jenis-jenis cat ini ada dalam bentuk primer, clear dan jugak metalik.



Warna ape yang paling matching ek?


Bila korang dah pilih cat yang sesuai untuk kereta kesayangan korang, pastikan kereta korang tu di polish bagi mengembalikan sinarnye bak berkilauan seperti dari kilang.
Memilih warna cat kereta daripada jenama-jenama cat yang terkenal jugak perlu diambil perhatian pasal biasanya jenama ni berkualiti dan tahan lama. Kitorang biasanya prefer cat jenama Evercoat la sebab dah tersohor dah di kalangan bengkel2 cat seantero dunia ni..


Dan pastikan bila beli cat elakkan la dari membeli pada harga yang murah kerana ini amat mempengaruhi ketahanan cat kereta korang jugak. Dari nak jimat tak pasal-pasal kena touch up byk kali sebab kereta dah jadi balam-balam warnanye tak sampai berapa tahun. Sape yang rugi..korang jugak yang rugi kan.Sekian untuk post kali ni. Ikuti blog krissauto dengan jadi followers k.


KEPUASAN ANDA KAMI PEDULI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails