tentang tokey bengkel

Foto Saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Isnin, 22 November 2010

Nak polish kereta korang tapi kos nak murah? ade..ade...

Salam..

Hmm..setelah hampir sebulan mat kriss tidak berblogging kat blog yang tidaklah seberapanya ade ini, barulah pagi ni ada kesempatan sedikit nak update blog krissauto ni. mat kriss seperti rutin2 biase setiap hari. Bukak bengkel tutup bengkel kecuali lah kalau hari cuti Ahad.hehehe. Harini mat kriss nak turunkan sikit ilmu buat pembaca blog mat ni..Ok..kat sini ade teknik yang mudah dan murah untuk polish kereta korang.

Macamane nak membuatkan keseluruhan kereta korang seolah-olah kalis air dengan cara mudah...(maksudnya bukan kalis banjir tau...tapi kalis air hujan je). Biasanya,kereta yang kalis air ni (air tak lekat pada body)k ereta yang baru hantar polish kat kedai je.


Tapi buat sakit hati je la kalau korang polish 2-3 hari...Kesan kalis air tu dah mula kurang dan akhirnye kereta korang jadi comot jugak .. Kos untuk polish pula bukannya murah...boleh sampai berpuluh-puluh ringgit tu. bagi duit tu kat fakir miskin pun ade baiknye.. So,mat kriss nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air dan bersinar je orang tengok.

Rahsia ialah.....bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN. ya!!! pelembut pakaian

Cara-caranya ialah:


1. Cuci kereta korang bersih-bersih


2. Bilas dengan air biasa dulu


3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenuh tutup pelembut pakain korang.

4. Larutan tu tadi korang boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam penyembur pada seluruh body kereta korang termasuk getah,cermin pun boleh gak.


5. Biar kejap larutan tu tertempek kat body kereta engkorang.Mase ni lah korang akan dapat tengok kesan serta merta larutan tu terhadap air yang melekat pada body kereta.Air yang melekat tu akan terus jadi bintik-bintik dan akhirnye mengalir turun bersama kekotoran yang tidak korang inginkan.


6. Jangan tunggu kering baru nak lap..tapi lap dengan kain lembab yang bersih dengan larutan tadi sampai betul2 kering.


Dengan cara ni korang seolah-olah telah mempolish kereta kesayangan tu. benda ni boleh ulang-ulang sampai 4-6 kali bile2 masa korang rase kereta tu kotor sesangat.Larutan tu jugak korang boleh masukkan dalam tangki pengelap a.k.a tangki wiper supaya cermin korang diibaratkan seperti mencurah air di daun keladi..Perghh bidalan..hahaha


Kebaikan guna larutan softner ni pasalnye tak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) tapi jugak dapat elakkan pengaratan pasal benda ni selamat pada mesin basuh korang. Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah ape jenama cap ayam sekalipun.


Try dulu baru tahuuu...


-Ok..berjumpa lagi di lain waktu..tatatitittutu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails