JOM INTAI ENTRY TERBARU MAT KRISS!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung krissauto. Pada hari ni suka Mat Kriss nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman beraya Mat Kriss baru-baru ni. Alhamdulillah Aidilfitri kali ini sungguh membawa erti buat Mat Kriss sekeluarga .Syukur sangat-sangat dengan semua anugerah dan nikmat daripada-Nya. Setelah puas beraya dan bercuti panjang..(hehehe...bukan senang nak bercuti ye Mat Kriss ni...) tibalah masanya Mat Kriss kembali bergelut dengan "karenah" customer yang pelbagai..heheh...tapi don't worry, Mat Kriss tetap melayan permintaan customer yang Mat Kriss sayangi..anda semua adalah aset saya ye!
Jikalau sudi jemputlah datang ke workshop Mat Kriss untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan Mat Kriss, sambil sembang-sembang pasal kereta. Oklah rasanya Mat Kriss taknak bercerita panjang malam ni, sempena bulan kemerdekaan ni Mat Kriss juga nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Sayangilah negara kita Malaysia.
Pesanan daripada pihak penaja..hehehe.. :) berhati-hati ketika memandu dan ambillah langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pemanduan bijak. Jangan panik ye sekira ada apa-apa berlaku ketika memandu, elakkan kemalangan., kerana kebanyakan customer Mat Kriss yang datang selepas raya ni kebanyakan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan. Lagi satu pesanan ikhlas Mat Kriss jeling-jelinglah meter mileage kat depan kereta tu, manalah tau ianya dah sampai masa untuk kereta kita diservis, kerana ianya penting bagi memastikan kenderaan kita sentiasa berada di tahap optimum dan bagi memastikan jangka hayat enjin yang panjang...
Malang tak berbaukan. semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T walau di mana kita berada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan