Salam semua..
Matkriss ingin berkongsi
beita bagaimana seorang pelanggan yang teraniaya kerana menghantar ke bengkel
yang salah. Selidik lah dahulu sebelum terkena.
_____________________________________________________________
Kereta Hantar Bengkel Tinggal Rangka!
Kajang: Seorang ibu tunggal terkejut
apabila mendapati kereta Hyundai Getz miliknya bertukar menjadi ‘besi buruk’
selepas lebih sebulan dihantar ke sebuah bengkel membaiki kenderaan di Bandar
Tun Hussien Onn, di sini.
Mangsa dikatakan menghantar
keretanya di bengkel itu pada awal Februari lalu selepas enjin kenderaannya
gagal berfungsi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mangsa yang hanya mahu dikenali
sebagai Normah, 39, berkata, dia meninggalkan keretanya untuk dibaiki tiga
pekerja bengkel itu berusia lewat 20-an itu.
“Ketika itu hari sudah lewat petang
dan saya perlu segera mengambil anak pulang dari sekolah. Tanpa berfikir
panjang saya menyerahkan kereta untuk dibaik pulih.
“Selepas memeriksa kereta saya itu,
seorang mekanik memberitahu kereta itu mempunyai masalah brek dan meminta saya
datang seminggu kemudian,” katanya.
NORMAH
menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap bengkel berkenaan.
Menurutnya,
dia bagaimanapun kecewa apabila kereta itu masih belum selesai dibaik pulih.
“Mekanik di bengkel itu mendakwa
kereta perlu menjalani proses baik pulih enjin. Saya terpaksa bersetuju dan
diarahkan datang semula seminggu lagi.
“Seperti dijanjikan, saya
menghubungi mereka untuk bertanyakan keadaan kereta, namun pemilik bengkel
berkenaan gagal dihubungi,” katanya.
Normah berkata, dia bagaimanapun
hanya datang semua ke bengkel itu pada minggu lalu untuk mengambil semula
keretanya.
“Namun, saya terperanjat apabila
mendapati kereta saya itu hanya tinggal kerangka.
“Mereka memberi alasan enjin dan
komponen pentingi kereta saya dihantar ke pekan Kajang untuk pemeriksaan
lanjut. Malah, saya diugut apabila mempersoalkan tindakan mereka itu,” katanya.
Menurutnya, pemilik bengkel itu
bukan saja memarahi saya, malah turut menggunakan kata-kata kesat dan memaki
hamun.
Normah berkata, dia juga diarahkan
untuk melangsaikan bayaran lebih RM5,000 untuk proses baik pulih
berkenaan.“Saya minta mereka mengeluarkan resit dan bukti pemeriksaan
dijalankan untuk rujukan namun mereka tidak mengendahkan permintaan itu.
“Sehingga kini pemilik bengkel itu
bukan saja gagal dihubungi, malah kereta saya juga gagal dikesan,” katanya yang
mengesyaki bengkel itu sudah melerai dan menjual komponen keretanya.
Susulan itu
mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9, Cheras, di sini.
Mat Kriss
menyarankan tuan-tuan merujuk terlebih dahulu pada penduduk setempat sebelum
menghantar ke bengkel kereta di kawasan tersebut. Tanyakan bagaimana
perkhidmatannya, kualiti barang diguna dan harga yang affordable.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan