Mengenai Saya

Foto saya
Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengecat,mengetuk dan membaiki mud guard kereta yang kemek,calar dan pelbagai lagi kemahiran mengecat seperti yang anda harapkan. HUBUNGI KAMI DI TALIAN: 018-2087376 / 014-6457602 (MAT KRISS)

Followers Krissauto.TQ arigato..syukran

Selasa, 4 September 2012

JOM INTAI ENTRY TERBARU MAT KRISS!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung krissauto.  Pada hari ni suka  Mat Kriss nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman beraya Mat Kriss baru-baru ni. Alhamdulillah Aidilfitri  kali ini sungguh membawa erti buat Mat Kriss sekeluarga .Syukur sangat-sangat dengan semua anugerah dan nikmat daripada-Nya.  Setelah puas beraya dan bercuti panjang..(hehehe...bukan senang nak bercuti ye Mat Kriss ni...) tibalah  masanya Mat Kriss kembali bergelut dengan "karenah" customer yang pelbagai..heheh...tapi don't worry, Mat Kriss tetap melayan  permintaan customer yang Mat Kriss sayangi..anda semua adalah aset saya ye!

Jikalau sudi jemputlah datang ke workshop Mat Kriss untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan Mat Kriss, sambil sembang-sembang pasal kereta. Oklah rasanya Mat Kriss taknak bercerita panjang malam ni, sempena bulan kemerdekaan ni Mat Kriss juga nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Sayangilah negara kita Malaysia. 

Pesanan daripada pihak penaja..hehehe..  :) berhati-hati ketika memandu dan ambillah langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pemanduan bijak. Jangan panik ye sekira ada apa-apa berlaku ketika memandu, elakkan kemalangan., kerana kebanyakan customer  Mat Kriss  yang datang selepas raya ni kebanyakan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.  Lagi satu pesanan ikhlas Mat Kriss jeling-jelinglah meter mileage  kat depan kereta tu, manalah tau ianya dah sampai masa untuk kereta kita diservis, kerana ianya penting bagi memastikan kenderaan kita sentiasa berada di tahap  optimum dan bagi memastikan jangka hayat enjin yang panjang...
Malang tak berbaukan. semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T  walau di mana kita berada.

Rabu, 25 Julai 2012

Salam Ramadhan Kareem buat pengunjung-pengunjung blog Mat Kriss

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan...Ramadan Kareem......

Rasanya masih belum terlambat Mat Kriss nak ucapkan selamat berpuasa buat semua pengunjung blog Mat Kriss yg Mat Kriss sayangi. Sempena kehadiran Ramadan ini, Mat Kriss sangat2 mengharapkan agar segala amalan yang dilaksanakan akan diterima dan mendapat pahala yg berlipat ganda. Sememangnya Allah telah menjanjikan bahawa Ramadan adalah bulan BONUS, justeru itu marilah kita meningkatkan amalan di sisiNya, bagi merebut peluang yg terbentang luas di depan mata. Jom lipat gandakan amalan!

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabtu, 30 Jun 2012

Berjumpa lagi kita...jom baca entry terbaru Mat Kriss...:)

   Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog, harapan mat kriss agar semua dalam rahmat Allah swt...agak lama juga mat kriss tak up date blog..bukan apa cuma sibuk sikit dgn kerja harian di workshop..apa pun kali ini mat kriss nak berkongsi  satu cerita...iaitu "kreatif yang membawa padah"

           Pada satu malam mat kriss dapat paggilan fon kwn lama (classmate) katanya nak dtg mau cat kereta...seronok la dpt jumpe kwn sekolah hehehe.... lama dah tak jumpe..emmm..bagusla..sambil  kerja blh la tolong2 kwn lama...katanya dia ada pergi ke bengkel lain,tapi orang buat tak tau je...tu yang dtg  jumpe kwn ni...”asbab” blh la dpt jumpe kwn lama...apa lagi mat kriss pun g la tgok keta kawn tu...keta kancil....huhuhuhu..berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. heheheh.....ni la yang dikatakan beramal dgn ilmu...emmm..mana tidaknya kereta yang sebelum ni cantik...sudah di cat dgn berus je..hehehe...semua disapu dgn cat merah ngan getah2nya  pun disapu ...bak kata hanya cermin dgn tayar je yang tak disapu cat.. 


eheeiii....satu hal lagi..dah la cat sapu, disembur pulak dgn clear...apa dah jadi da.. ..:) patut la workshop lain buat tak tau je...macam mana nak mintak upah..buang cat lagi pun dah satu hal,akan menyebabkan cost berlipat kali ganda da...:)

Apa  pun oleh kerana dah memang kerja dan kebetulan keta kwn sekolah mat kriss bersetuju buat...tengok je la gambar ni...kerja2 sebelum dan selepas...hehehe...anda yang di luar sana jgn sesekali cuba2 nak cat keta klu tak tau ye..tnya dlu pada yang mahir bukan maher zain hehehe....
Ok..ni dia...
Inilah keadaan body kereta kancil sebelum kerja2 " baik pulih" dilaksanakan...eheiiii..ada brani?:)

Ini dia keadaan kereta kancil setelah ditanggalkan cat lama pada bodynyer....pasni kena sembur primer lak....:)

Taraaa..............inilah hasil kerja sebuah kereta kancil yang mat kriss maksudkan...dah siap pown...hehei....cun tak? cunkan...(masuk bakul angkat sendiri  heii....:)




 
Che Din.. inilah org yang  telah dipertanggungjawabkan untuk menyihirkan kereta kancil yg mat kriss ceritakn..eheii....mmg berbaloi2


Siap cuci seat lagi..utk kepuasan yang maksimum :)



Related Posts with Thumbnails